Faktor Emosi dalam Evolusi Penyakit

Dr Suriya Osman

Apabila kita takut atau marah dan sebagainya, badan kita mengeluarkan adrenalin dan secara fisiology kita akan bersedia untuk berlawan atau berlari ( fright fight or flight reaction)

     Jantung berdebar , kadar kelajuan jantung bertambah, pengaliran darah ke perut berkurangan ( kita nak lari tak perlu darah keperut) pengaliran darah ke otak pun kurang manakala pengaliran darah ke otot  bertambah! Jika ada perasaan takut, darah kekulit berkurangan , muka akan kelihatan pucat. Jika marah, tekanan darah bertambah , badan menjadi panas,pembakaran makanan menjadi tenaga menigkat ( insulin banyak dikeluarkan untuk memproses gula dalam darah)  Reaksi badan sebegini berpunca dari sebuah tindakkan refleks badan yang telah wujud di dalam manusia berkurun lamanya sebagai mekanisma survival pada masa yang lebih primitif dari sekarang. Manusia zaman silam yan menghadapi musuh yang perlu dilawan atau binatang buas yang mungkin menyerang . Untuk berlawan , perlu pada tenaga yang banyak serta darah ke otot, untuk bersedia kalau dilukai atau digigit binatang atau musuh lain, darah di kulit perlu kurang supaya pendarahan tidak kencang dan mudah berhenti.

Pada masa sekarang di mana musuh merupakan perkara-perkara seperti *computer woes*, kerja pejabat menimbun, takut lambat ke meeting sebab menghadapi kesesakan lalu lintas maka, reaksi fight fright or flight menjadi suatu  liabiliti.. Lebih-lebih lagi bila keadaan *stress* berpanjangan dan adrenalin serta insulin sentiasa dikeluarkan , akibatnya adalah penyakit ....organ yang sentiasa berkurangnan darah akan menjadi lemah dan faulty, organ yang mendapat lebih darah pun akan mengalami keadaan congestion! Contohnya , perut yang kurang mendapat pengaliran darah menyebabkan penghazaman, penyerapan dan perkumuhan ( pemerosesan bahan buangan ie toksin) terjejas!

Bila keadaan gangguan emosi berterusan , sistem-sistem pengeluaran hormon kita akan mula menunjukkan kesan-kesan bebanan emosi kita dan ini menjejaskan fungsi badan.

 Tanda-tanda bebanan ini termasuk gejala-gejala seperti, keadaan sentiasa letih dan penat, cepat marah, gangguan penghazaman, sembelit, terlalu kurus atau gemuk, gangguan pada tidur dan gejala-gejala lain termasuk penyakit-penyakit apabila keadaan ini berlarutan bertahun-tahun lamanya tanpa reda.Saya tidak akan menceritakan secara terperinci tentang evolusi penyakit teta pi memdailah dengan melihat penyakit kencing manis. Tekanan perasaan akan menyebab kadar hormon insulin sering meningkat dan gula dalam darah akan sering rendah. Individu ini akan mengalami ketagihan pada gula sebab kadar gula dalam darah akan direndahkan dengan pengeluaran insulin berlebihan yang dicetuskan oleh tekanan emosi.Berlakulah sebuah pusingan , stress menyebabkan pengeluaran insulan berlebihan yang menyebabkan gula dalam darah berkurangan dan ini menyebabkan ketagihan pada gula yang akan menyebabkan pengambilan gula dan ini pula menyebkan pengeluaran insulin yang berlebihan dan seterusnya! Lama kelamaan organ pengeluaran insulin akan mengalami keadaan “exhaustion” dan pengeluaran insulin akan berkurangan sehingga tidak dapat menunaikan keperluan badan dan dengan ini penyakit Diabetes Mellitus bermula! Jika kita mengalami ketagihan pada gula, yang perlu dilakukan ialah mengambil bahan karbohidrat yang terdiri dari bahan asli dan mengandungi serat yang banyak (“ complex carbohydrates”). Perlu dielak pengambilan gula yang mudah serap seperti glukosa dan sukrosa. Kebanyakkan penyakit kronik mempunyai rentetan yang bermula dengan stress yang akhirnya menyebabkan degenerasi organ tertentu dan seterusnya menghasilkan penyakit.

Soalan yang timbul sekarang, jika demikian, apa yang boleh kita lakukan untuk meredakan tekanan emosi apabila kita sentiasa menghadapi situasi dan keadaan yang menimbulkan stress dalam kehidupan kita seharian?


Bila kita kaji apa yang menyebabkan stress, kita dapati faktor yang menyebabkan stress bagi seorang individu mungkin tidak  menyebabkan stress kepada individu yang lain. Maka, apa yang kita dapat faham dari ini ialah bahwa yang menyebabkan stress bukanlah situasi yang  sukar tetapi sikap seorang individu terhadap sesuatu situasi. Sebagai contoh,  Suzana tidak cekap memandu dan tidak suka memandu maka apabila Suzana tahu yang dia perlu bekerja outstation, dia mula berasa tertekan. Malam sebelum perjalanan , dia susah tidur, selera makannya kurang dan kaki tangannya sejuk.  Lain pula Jo, Jo minat memandu dan menganggap memandu kereta jarak jauh sebagai sesuatu yang mengembirakan makan bila Jo diberi tugas outstation ,beliau tidak mengalami sebarang tekanan! Kerja yang berat dan susah bagi Suzana adalah juga kerja yang mengembirakan dan ringan bagi Jo.

Katak Pisang dengan Katak Puru

Saya teringat sebuah cerita kanak-kanak tentang Katak Pisang dengan Katak Puru. Katak Pisang periang dan juga rajin bekerja, dia mengangap kerja sebagai suatu yang menyeronokkan dan menghadapinya dengan riang. Katak Pisang inginkan sebuah taman sayur dan juga taman bunga maka dia pun berusaha membajak tanah dan membajakanya sebelum menanam benih-benih sayur dan bunga. Sebulan kemudian tanamannya menunjukkan hasil dan nyata indah sekali taman milik Katak Pisang. Katak Puru setelah melihat hasil tanaman Katak Pisang juga inginkan sebuah taman maka beliau pun pergi mendapatkan sahabatnya untuk bertanya cara untuk mewujudkan taman tersebut. Maka Katak Puru pun buat perkara yang sama! Setelah menanam biji benih, Katak Puru setiap hari pergi melihat tanamannya dan menjerit kepada biji biji benih yang telah ditanam, tumbuh cepat, tumbuh ! Tumbuh! dan beginilah amalan Katak Puru setiap hari. Selepas seminggu berbuat demikian, Katak Puru mula putus asa dan letih sebab biji benih masih tidak kelihatan tumbuh. Dia pergi berjumpa dengan Katak Pisang menyatakan betapa susah dan letih serta menekan jiwanya kerja yang dibuatnya itu dan beliau mengambil keputusan untuk menghentikan kerja mewujudkan taman itu. Setelah putus asa sedemikian, Katak Puru balik rumah dan tidur selama seminggu kerana terlalu letih!Alangkah terperanjatnya Katak Puru apabila beliau bangun dari tidurnya dan dapati tamannya sudah tumbuh setelah seminggu lagi, tanpa dia bersusah payah menjerit kepada biji benih menyuruh biji benihnya tumbuh! Mungkin kita ketawa melihat gelagat Katak Puru tetapi cuba fikir pernahkah kita berkelakuan demikian dengan situasi yang mungkin berlainan? Sikap Katak Puru yang membezakannya dari Katak Pisang ialah kurang sabar serta tidak memahami cara biji benih tumbuh dan jangka masa yang diperlukan untuk melihat hasil tanaman! Maka apa yang Katak Puru perlu lakukan untuk menyamai kejayaan Katak Pisang?


Setelah ketahui bahawa yang menyebabkan tekanan bukan sebuah keadaan luaran tetapi tindak balas badan kita sendiri terhadap sesuatu rangsangan maka harus kita kaji semula reaksi badan kita ini.Ada jalan untuk mengubah tindak balas badan kita dan ini adalah dengan sebuah perubahan sikap yang hanya boleh timbul dari mengenali diri kita reaksi badan kita serta apa yang menyebabkan reaksi stress pada diri kita sendiri.


Evolusi reaksi badan kita terhadap rangsangan berlaku sejak dari bayi lagi dan berbeza antara individu. Reaksi badan kita bergantung kepada pengalaman yang kita lalui dan sudah tentu ini berbeza dari seorang ke seorang walaupun dari keluarga yang sama. Ada juga persamaan diantara individu dalam sebuah keluarga dan dalam sebuah kaum serta warga sebuah negara tetapi ia tetap ada perbezaan diantara individu.
Faktor dalaman yang menjadi reaksi kita terhadap rangsangan bukan perkara kecil dan kita bolehfaham mengapa ada ayat Quran yang berbunyi “Allah tidak akan mengubah nasib sebuah kaum keciali mereka mengubah apa yang ada di dalam diri mereka!” Apabila reaksi kita terhadap rangsangan luaran tidak sesuai ( seperti yang berlaku pada Suzana) maka kita akan kurang berkesan dalam menangani masaalah dan asam garam hidup maka mungkin kita lihat ini sebagai nasib kita yang malang dan bukan kita yang menyebabkan masaalah kita dengan reaksi terhadap rangsangan yang kurang sesuai ( inapropriate response)
Rasul SAW memahami dan menceritakan perkara ini kepada kita dengan ungkapannya yang berbunyi, “Anak lahir bagaikan kain putih dan ibubapanya yang akan mewarnakan anak itu.” Anak itu akan diwarnakan dengan cara ibubapa mendidiknya dan pengalaman yang dilaluinya.Reaksi anak ini terhadap rangsangan akan terhasil secara melihat reaksi ibubapa serta berdasarkan pengalaman diri sendiri. Contohnya, kalau ada orang berbaju merah telah menjatuhkanya semasa dia masih bayi lagi maka mungkin dia akan takut kepada orang berbaju merah.
Apakah strategi yang mudah kita lakukan untuk mengangani stress setelah memahami bahawa keadaan stress timbul bukan dari situasi yang penuh dengan stress tetapi dari reaksi badan kita terhadap situasi?. Satu strategi berkesan ialah:
Memahami bahawa perubahan sikap adalah perlu.
Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan dan redha atas segala dugaan Sentiasa melihat kepada kelebihan yang ada lebih dari memikirkan tentang kekurangan

Ringkasan Langkah Langkah Yang Perlu di Ambil

Mengenal reaksi badan dan memahami ada masanya reaksi badan tidak sesuai serta berusaha mengubah reaksi badan dengan melalui latihan rohani ( tafakur perlu belajar teknik kelas ELIT boleh membantu),
Memahami bahawa ada masanya kita tertekan oleh perangai orang lain sebab kita harapkan perangai dan perbuatannya lain dari hakikat. Kita perlu buangkan harapan kita dan hadapi hakikat sebenar. Terimalah semua manusia seadanya. Terima perbezaan pendapat, cara dan tatasusila.,
Faham bahawa kita hanya berkuasa dan boleh ubah diri kita sendiri dan hanya dengan perubahan dirilah yang kita dapat menangani emosi dan situasi apa jua pun,
Dapatkan kekuatan dan ilham diri dari tafakur, solat dan du'a . Belajar cara yang paling berkesan untuk melakukan segala ibadat ini .,
Belajar untuk bersabar dengan kerenah manusia sebagaimana Rasul SAW bersabar dengan penduduk Taif yang telah melemparnya dengan batu namun baginda berdu'a “Ya Allah, ampunkanlah mereka kerana mereka tidak ketahui apa yang mereka lakukan.”,



Akhirkata setelah kita mengetahui faktor Emosi dalam evolusi penyakit kita dapat juga faham bahawa kesihatan kita bergantung kepada satu perubahan dalam diri kita untuk menjadi seorang yang beriman dan bertaqwa dan penuh pergantungan kepada Allah SWT.