Cara Pemakanan Untuk Menurunkan Berat Badan untuk Pengoksida yang lembab ( slow oxidisers)


Pengoksida lembab tidak dapat mengunakan karbohidrat dengan mudah. Ini disebabkan metabolisma karbohidat nya tergendala .Pengambilan makanan yang berbentuk karbohidrat seperti tepung putih, gula putih, nasi putih dan makanan berkanji yang lain menyebabkan kadar gula dalam darah naik dengan cepat, ini pula akan menyebabkan hormon Insulin tercetus untuk menurunkan kadar gula dalam darah dan seterusnya gula ini bertukar menjadi lemak dengan tindakkan satu lagi hormone ia itu glucagon.

Tindakkan Insulin akan menyebabkan gula dalam darah menurun terlalu cepat dan individu ini akan terasa lapar semula didalam masa yang singkat.


Gula ini tidak bertukar menjadi tenaga , disebaliknya bertukar menjadi lemak dan inidividu ini akan terasa lemah dan tidak bermaya serta mengiggil lapar dan ketagih kopi/teh atau gula serta coklat dan bahan bahan manis yang lain.

Cara mengatasi pusingan buntu ( viscious cycle) sebegini adalah dengan mengatur makanan dan jadual supaya kadar gula didalam darah tidak naik dengan mendadak, memakan makanan dari sumber protin 10% lebih dari biasa, pastikan pengambilan protin tiga kali sehari, ia itu pagi , tengah hari, petang.

Kurangkan pengambilan lemak dan minyak dan makan karbohidrat yang komplex, yang mengandungi kadar serat yang tinggi seperti buah berserat, dan sayur.

Tidak perlu berlapar malahan anda digalakkan mengelak dari lapar sebab lapar akan menyebabkan cara pemakanan ini gagal dan pusingan buntu mengambil alih semula.

Disamping mengurangkan berat badan atau menghentikan berat badan dari terus naik, anda akan memerolehi laba yang lain dari mengamalkan cara pemakan sebini ,ia itu peningkatan tenaga anda serta ketenangan emosi akan terhasil.


Prinsip asas pemakanan pengoksida lembab:

Apakah petanda petanda bahawa anda mengalami masaalah menghadzam karbohidrat dan dengan ini, sensitif terhadap karbohidrat jenis gula/ refined ( simple carbohydrate)?


Jadual Makan dan contoh menu untuk diamalkan bagi mengatasi masaalah pengoksida lembab.


Beberapa makanan yang akan mengagalkan racangan untuk menstabilkan gula dalam darah adalah:

Susu, youghurt, jus buah buahan, buah berkanji seperti pisang dan betik, kurma, kismis, madu ,jem, roti canai, bun manis dan lain lain.

Resepi rendah minyak untuk dicuba:


Ayam panggang: untuk 2 orang makan

Setengah ekor ayam, dibuang lemak.

Bawang putih/bawang merah ditumbuk

Kicap soya pekat satu sudu teh

Tomato puree, satu sudu besar,

Satu sudu besar minyak zaitun/Carotino

Herba untuk daging secukup rasa, garam

Cara:

Perap ayam dengan kesemua bahan selama beberapa jam dan panggang mengunakan bahagian grill .


Sup Kacang Campur

Rendam beberapa jenis kacang termasuk kacang hijau, kacang merah dan kacang mata hitam (black bean) semalaman. Jadikan satu mangkuk.Semasa kering. Gunakan bekas besar untuk membenarkan kacang ini kembang.

Tumis dengan sedikit minyak bawang putih dan bawang merah.

Cili boleh ditumis sekali jika dikehendaki. Tomato puree juga boleh digunakan jika dikehendaki.

Tambahkan dua sudu daging cincang( optional)

Tambahkan air , banyak mana air adalah mengikut selera masing masing, (ada yang suka pekat dan ada yang suka lebih air ) dan juga kesemua kacang dan juga sebiji carrot yang telah disagat. Renehkan sehingga kacang semua empok. Air ini boleh digantikan dengan air rebusan tulang untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.

Garam secukup rasa. Taburkan oregano jika suka.

Sup ini boleh dimakan dengan pasta atau roti.