Mati!

 

Hari ini aku ingin membicarakan tentang mati!
Mati itu pasti datang!
Tetapi saat dan ketika ini kita masih hidup,
 maklumlah dapat tatapiwarkah ini kan?
Mati oh mati...apa yang boleh mati??
Hati boleh mati.....
Apalagi yang boleh mati...dan kaku layu..?
Oh mati, cita cita pun boleh mati..
Dan lagi dan lagi kesemuanya boleh mati!!!!!
Handset aku mati! Modem pun boleh mati.
Oh ya..floppy drive ku ini memang pun mati!
Tamat tempoh  tammmatt tammmat , mati!!!
Eh lesen memandu ku..tengok..hidup lagi takk???
Jangan pula bawa kereta lesen mati!
Sesungguhnya aku memang ingin mati, aku ingin mati sebelum aku mati!!
Aku ingin ego ku mati, aku ingin nafsu rakusku mati, 
aku ingin bencikumati, aku ingin kedekutku mati
 aku ingin hanya yang tinggal kasih kepada Mu 
.dan makhluk  bikinan Mu
Dan akhir sekali aku ingin kembali kepada Mu,
 kekal abadi.
Biarlah dengan matiku ,
 hidupku kekal abadi disisiMu.