Pada hari Sabtu 15 haribulan Februari 2003, satu perhimpunan raksaksa di adakan di Kota New York. Perhimpunan yang terbesar yang pernah dilihat di Kota yang telah mengalami tergugatnya perasaan keselamatan  dengan peristiwa September 11 2000! Rakyat Amerika berbilang kaum, berbilang bangsa dan berbilang agama telah berkumpul untuk memprotes penyerangan keatas Iraq yang bakal berlaku jika Presiden Bush dibernarkan bertindak mengikut naluri rausnya.Perhimpunan aman yang berlaku bermula lewat pagi berterusan hingga senja!  Perhimpunan raksaksa ini menyebakan kota New York  berhenti urusan hariannya dan menyaksi serta melihat dan mengamati perhimpuan ini yang melambangkan cinta kepada keamanan,saling  cinta mencinttai dikalangan manusia. Mereka membantah kemusnahan manusia dan tempat-tempat kediaaman...mereka tidak seutju dengan ungakapan 'collateral damage' yang telah di reka oleh pihak tentera Amerika sebagai dalih untuk menidakkan kematian manusia yang tidak bersalah! Pengangur berganding bahu dengan selebriti bersatu hati di dalam protes....
Dan mereka bermula demonstrasi raksaksa ini dengan Azan yang berkumandan di Kota New York...
Allahu Akbar, Allahu Akbar Ashadu An Laaa Ilaaha Ila laaaah!!!!!!
     Sejarah manusia menempah suatu era baru bilamana protes keamanan berlaku serentak di seluruh pelusuk dunia. System perhubungan yang serba canggih mampu mengkoordinasikan protes serentak serata dumia. Sebagaimana seruan Azan yang berkumandang sambut menyambut dari benua kebenua , protes keamanan  berlaku  sepanjang masa pada 15 hb Fernuari bermula dari Selatan dan  yang terakhir di Utara disebabkan zon masa yang berbeza !
    Bagaimana tercetusnya suatu kehendak yang begitu meluas dikalangan manusia sedunia? Sebab musababnya sudah tentulah sebagaimana biasa , multi-sebab.
Kita melihat dari satu sudut yang kecil, pada se orang diantara pemprotes di New York. Andrew Rice datang dari Houston, Texas, suatu perjalanan begitu jauh untuk meneyrtai protes besarbesaran di New York. Rice bersama ahli keluarganya memegang plakad yang berbunyi ' Not in my brother's name'. ( Bukan atas nama Abang saya) Abangnya, David Harlow Rice,  telah terkorban di dalam nahas Menara Kembar pada 11 September tahun 2000.  Katanya, dia datang kerana seperti hadhirin yang lain, dia rasakan bahawa perperangan dengan Iraq bukan  cara penyelesaian yang wajar. Kalau kita membunuh rakyat yang tidak bersalah, kita akan menyebabkan lebih ramai orang tercedera dan ramai lagi akan mendapat duka sama seperti duka saya dan keluarga saya, sepertimana beribu-ribu kamu yang kehilangan orang yang disayangi pada 11 September. Perperangan tidak akan memberi kami keselamatan dan besar kemungkinan akan menyebabkan  keadaan lebih merbahaya dari sekarang!
     Bila Menara Kembar bangunan  ' World Trade Center' di New York diserang penganas, masyarakat dunia melihat dengan berbagai perasaan, dan majoritinya dengan perasaan kesal dan hiba.. Waris-waris mangsa boleh bereaksi dengan berbagai cara, di antaranya,  menyalahkan Islam dan bangsa yang sama keturunan dengan yang mendalangi serangan , atau mereka boleh berkabung seketika dan mengambil iktibar darinya , membuang yang keruh dan mengambil yang jernih dan memaafkan serta mencari makna yang mendalam atas sebab musabab kejadian.Bagi yang tidak berada di New York, mungkin kita tidak dapat memahami apa yang telah disaksikan oleh penduduk di New York. Betapa langit berubah menjadi hitam dan bau busuk dari mayat-mayat yang terbakar , kerosakkan kepada system relnya, dan banyak lagi gejala yang berkaitan yang akhirnya telah menyebabkan Majlis Bandarayanya hampir bankrap hingga program kitar semula  Kotaraya terulung didnuia terpaksa dihenitkan hingga kini!
   



wasallam
Kak Su