Kenapa Pukul ?

Dr Suriya Osman

 Zainon( Bukan nama sebenar)mengatakan dia jatuh tangga dan kepalanya terhentak . Lebam di lehernya tidak konsisten dengan riwayat yang diberi. Lebam di leher mempunyai kesan jari.

Saya bertanya , siapa yang mengkasari anda? Siapa melakukan ini pada anda?
Zainon mengangis, Doktor, sebenarnya suami saya yang  mencekik saya semalam. Kini leher saya sakit , saya tidak dapat pergi kerja, saya terpaksa minta rawatan dan surat cuti sakit.” Zainon kerani disebuah bank. Suaminya graduan yang menganggur , tinggal dirumah sementara Zainon bekerja. Kesemua duit gajinya diserahkan kepada suaminya. Suaminya bersifat cemburu dan mengawal, sering memukul dan menengking apabila dia berasa bahawa Zainon sengaja balik lambat atau memberikan wang yang kurang.Zainon menguruskan rumah, sapu simpan , memasak dan juga bekerja. Suaminya lebih suka termenung dan menonton television. Anak-anak Zainon yang berusia tiga tahun dan lima bulan dijaga oleh ibu Zainon semasa Zainon ke pejabat. Zainon akan menghantar dan mengambil mereka setiap hari. Zainon kurang kepercayaan bahawa suaminya berupaya menjaga anak-anak mereka di rumahnya sendiri.
 
    Linda( bukan nama sebenar) pula baru kahwin  lima  bulan . Linda berumur 17 tahun , belum bersedia mendirikan rumah tangga dengan jejaka yang menjadi temannya sehingga dia mengandung. Keluarga kedua belah pihak bersetuju bahawa jalan keluar adalah menyuruh mereka berkahwin. Anak kecil berusia dua bulan didukung Linda dengan erat. “Suami saya marah bila anak ini menangis menganggu tidurnya. Dia naik berang, hampir melemparkan anak ini,  ujar Linda dengan berlinangan air mata. Saya tak tahan Doktor , suami saya garang dan baran.  Saya tinggal di rumah mertua sebab suami saya tidak mampu menyewa berasingan. Saya lihat mak mertua saya pun sering kena pukul dengan Pak Mertua saya. Saya tidak ada tempat nak mengadu.” Semasa Linda didapati mengandung saya telah syurkan jangan teruskan perkahwinan itu sebab saya takutkan perkara yang mungkin berlaku akibat kedua-duanya , Linda dan pasangannya belum bersedia untuk menjadi ibu/ayah serta suami/isteri.

     Begitulah secebis kisah dari file klinik saya. Ramai dari wanita ini tidak mahu melapurkan perbuatan suami dan akan menyembunyikan kejadian-kejadiannya.Ada juga yang memikirkan bahawa suami mereka berhak memukul mereka sebab sering dengar suami atau ustaz mengatakan bahawa ada ayat Quran yang membenarkan suami memukul isteri.Selain dari ini, ada juga pesakit wanita saya yang telah tidak tahan dengan penderaan berjumpa dengan pegawai di pejabat ugama untuk membuat aduan dan mereka dinasihatkan untuk jangan lari dari rumah sebab perbuatan itu adalah nusyuz dan derhaka kepada suami.

     Ayat 34 dari surah An Nisa sering dijadikan hujah bagi mereka yang mempertahankan hak lelaki Muslim memukul isteri.Ayat ini telah diterjemahkan begini:jadikan hujah bagi mereka yang mempertahankan hak lelaki Muslim memukul isteri.Ayat ini telah diterjemahkan begini: “Lelaki adalah pelindung  kepada wanita (qawamunasebab Allah melebihkan setengah mereka dari yang laindan kerana meeka memberi belanja dari hartanya. Wanita yang baik qanitat menjaga dengan baik kehormatannya. Perempuan yang kamu khuatirkan nusyuz maka nasihatkanlah mereka dan pisahkan dari tempat tidur dan pukullah  ( daraba). Kemudan jika mereka mentaatimu, janganlah kamu mencari jalan untuk menyusahkan mereka.”    

     Dari ayat ini ramai penafsir mempunyai dua fakta

1.    Suami berhak memberi perintah kepada isteri dan menuntut isteri mengikut perintahnya .
2.    Jika isteri tidak patuh, maka suami berhak memaksanya patuh  dengan memukulnya

    Jika dilihat pada seluruh ayat yang sebenarnya bermula dengan menyebutkan bahawa lelaki yang bergelar rajul adalah pelindung wanita disebabkan rajul mempunyai kelebihan di atas wanita disebabkab lelaki rajul  membelanjakan dari pendapatannya untuk wanita. Ini bererti bukan sebarang lelaki yang mempunyai kelebihan di atas wanita tetapi lelaki yang mempunyai sedikit kelebihan adalah lelaki yang memberi nafkah kepada wanita isterinya. Ayat ini seterusnya membicarakan tentang kehormatan wanita dan kesimpulan perkataan nusyuz adalah bererti wanita yang tidak menjaga kehormatan dirinya dan bukan wanita yang tidak dengar kata sebagaimana difaham umum.( Amina Wadud, The Quran and Woman)

    Mengikut Dr Nasarudin Umar, istilah rajul tidak boleh disamakan dengan gender lelaki. Gender lelaki disebut zakar, sedangkan rajul adalah perananan social seorang lelaki yang telah mencapai kelebihan dengan menunjukkan ciri-ciri tanggung jawab yang dikaitkan dengan istilah rajul. Ini bererti kanak-kanak lelaki tidak boleh di gelar rajul. Begitu juga lelaki yang tidak mempunyai ciri-ciri rajul bukanlah rajul.

    Mengikut penafsir mutakkhir , diantaranya Dr Nasarudin Umar dan Amina Wadud  perkataan daraba yang telah ditafsirkan sebagai pukul mempunyai lebih dari satu erti .diantaranya mendidik, memlihara, mencangkul, memberi contoh . Dr Nasarudin bertanya, mengapa pula harus perkataan ini ditafsirkan dengan memukul sedangkan pada lain tempat didalam Al Quran ia membawa maksud memberi contoh. Pemahaman ayat ini secara literal tanpa merujuk kepada amalan Rasul SAW dan juga tanpa mentelitikan ayat-ayat lain di dalam Al Quran adalah tidak mengikut lunas-lunas penafsiran.Lebih banyak ayat Quran menyebutkan tentang rahmat , kasih saying, kesetaraan dan persefahaman di antara pasangan suami isteri .
    
    Didalam buku Purnama Madinah karya Ibn Saad , Bandung , Mizan1997, mukasurat 173, Tercatat sebuah hadith yang berbunyi begini, “Umar pernah berkata ,” Ya Rasul maukah engkau mendengar aku? Kami kaum Quraishi biasa menguasai isteri kami.Kemudian kami pindah ke sebuah masyarakat ( Madinah) di mana laki-laki dikuasai isteri mereka.Kemudian kaum perempuan kami meniru perilaku perempuan Ansar ini. Suatu hari aku memarahi isteriku dan dia membalasnya.Aku tidak menyukai perilaku seperti itu.Dan dia berkata, “Apakah engkau tak menyukai aku menjawab? Demi Allah , para isteri Rasullullah membalas beliau.Sebahagian mereka mendiamkan beliau sepanjang hari sampai malam.”Umar lalu berkata: “ Dia celaka dan merugikan. Apakah dia merasakan aman dari kemurkaan Allah kerana kemarahan Rasulnya sehingga dia mendapat hukuman?” Nabi tersenyum dan tidak menjawab aduab dari Sayidina Umar”

    Demikian satu ciri khas Rasul SAW. Senyum , suatu senjata yang menimbulkan karisma yang begitu  kuat..Bahkan ketika Umar mengutarakan ketakutan terhadap bahaya yang dihadapi kaum lelaki yang disebabkan oleh potensi pemberontakkan kaum wanita Rasul membalas dengan sebuah senyuman.

    Perlu juga kita lihat pada contoh Rasul SAW. Kajian riwayat Hadith menunjukkan Rasul SAW tidak pernah memukul isteri-isterinya malahan ada sebuah hadith Baginda Rasul SAW yang berbunyi begini:

“ Aku tidak tahan melihat lelaki yang mudah memukul isterinya.”
 
    Dan juga Rasul SAW  bersabda, “Yang terbaik di antara kalian adalah yang bersikap paling baik terhadap isterinya

    Contoh Rasul saw menidakkan tafsiran yang digunakan sebagai alasan untuk mengarah isteri mengikut kehendak suami dengan sewenang-wenangnya. Ia juga membuka ruang untuk memikirkan bahawa ada kemungkinan perkataan daraba tidak bererti Islam membenarkan isteri dipukul. Bagi ulama tafsir yang menafsirkan perkataan daraba  sebagai pukul, ramai yang menegaskan pukul yang dimaksudkan tidak boleh menyakitkan atau mencederakan seperti yang sering berlaku bila suami memukul isteri.

    Mengapa berlakunya penganiayaan seperti saya riwayatkan dari kisah benar di klinik saya? Jawapannya ada di dalam budaya kita yang mempunyai berbagai tanggapan dan pendirian yang meletakkan kuasa mutlak suami terhadap isteri dengan tiada pertimbangan tentang hak-hak isteri terhadap suami..Masyarakat yang bertanggapan penderaan di dalam sebuah rumah tangga adalah " hal suami isteri" atau "perkara dalam kelambu" dan perlu diselesaikan di antara suami isteri tanpa campur tangan orang lain. Juga terdapat sikap yang meminta wanita bersabar atas kerenah suami demi untuk memelihara keutuhan rumah tangga kononnya. Masyarakat lebih suka melihat isteri yang didera mengekalkan kedudukannya sebagai isteri dari menjadi janda disebabkan penceraian. Isteri yang didera juga takut pada status janda yang mempunyai stigma tersendiri. Ramai wanita yang bergantung rezeki sepenuhnya pada suami tidak berupaya menyelamatkan dirinya dari situasi keganasan yang dialami. Kurang kesedaran tentang tanggung jawab dan lebih penekanan tentang kelebihan lelaki juga menghasilkan lelaki yang tidak berciri rajul seperti yang disebutkan sebelum ini.
 
    Apa yang harus kita sebagai anggota masyarakat dan umat Islam yang cintakan kedamaian dan bersifat kasih sayang sesuai dengan kalimah Bismillahirahmanirahim perlu lakukan untuk membenteras gejala penganiayaan dan keganasan rumah tangga yang berleluasa masakini? Meningkatkan kesedaran tentang hak suami dan isteri adalah antara langkah-langkah yang perlu. Memupukkan rasa kasih sayang dan saling hormat menghormati juga adalah penting. Dan yang paling diperlukan adalah didikan ugama yang sempurna yang menghidupkan didalam jiwa sanubari sifat penyayang , tanggung jawab dan adil yang mana sifat-sifat ini terserlah di dalam watak Rasulullah SAW contoh ikutan yang agung.