Kursus  Homeopathy untuk Rawatan Dirumah

    Walaupun ramai yang mengetahui wujudnya rawatan Homeopathy, tidak ramai yang tahu asas-asasnya dan bahawa ianya boleh diamalkan untuk merawat penyakit-penyakit ringan di rumah dengan berkesan.
Rawatan Homeopathy di rumah amat popular di kalangan masyarakat Barat yang menghadiri kursus-kursus pendek yang memberi pengenalan tentang rawatan-rawatan untuk penyakit yang sering dialami oleh anggota keluarga di rumah.
Homeopathy adalah sistem rawatan yang telah diasaskan oleh Samuel Hahnemann seorang Doktor perubatan bangsa Jerman pada tahun 1790 setelah ia melakukan berbagai kajian sendiri . Samuel Hahnemann yang begitu kecewa dengan cara perubatan yang wujud pada zamannya dan menganggapkannya sebagai tidak berhasil, malahan kadangkala memudharatkan pesakit telah menulis sebuah buku perubatan berdasarkan penemuannya yang masih menjadi asas kepada pengamal homeopathy pada masa kini.
    Penemuannya tentang kaedah rawatan `simila similibus curentur ‘ adalah hasil dari kajian yang di lakukan keatas dirinya sendiri dengan kayu dari kulit pokok Cinchona yang telah dikenali boleh mengurangkan/mencegah penyakit Malaria. Hahnemann ingin mengetahui bagaimana Cinchona boleh menjadi penawar untuk Malaria. Beliau telah memakan kulit cinchona ini dengan kadar yang sedikit tetapi berpanjangan.. Beliau membuat demikian sebab setelah membaca didalam sebuah `materia medica’ (bahan bacaan tentang ubatan) bahawa jika terlalu menggunakan cinchona ia boleh menyebabkan penyakit demam seakan Malaria! Kajiannya telah menyebabkan Hahnemann demam dan gejala demam nya  telah di rekodkan dengan begitu teliti sesuai dengan jiwa `meticulous’ yang di milkinya. Kemudianya ia telah menjalankan ujian kaji keatas 300 jenis penawar menggunakan kaedah ini.  Dan hasil dari ini , prinsip asas dan materia medica homeopathy yang pertama, ia itu `Materia Medica Pura’ di terbitkan.
Prinsip asas yang telah diumumkan adalah “Penawar , jika diberikan didalam dos yang kecil akan menyembuhkan gejala penyakit yang penawar yang sama boleh timbulkan oleh individu yang sihat jika diambil dengan dos yang besar.”
Suatu contoh ialah Allium Cepa atau Bawang Merah. Semua orang tahu yang mengupas dan memotong bawang merah boleh menyebabkan perit tekak dan pedih mata serta air mata meleleh dan hingus cair pun meleleh beserta dengan hidung terasa pedih.
    Di dalam materia medica homeopathy ,  penawar ini , boleh menyembuhkan seorang yang mengidap selsema pada peringkat awal dimana gejalanya adalah perit tekak, pedih mata dan air mata meleleh serta hidung pedih. Jika awal selsema itu tidak mempunyai gejala yang sama maka penawar untuk selsema itu bukan Allium Cepa tetapi penawar lain yang mempunyai gejala yang sama!
    Sesiapa yang masih belum memahami konsep perubatan homeopathy hanya perlu mencubanya sendiri dengan memastikan yang ubat yang diambil betul-betul mempunyai persamaan dengan penyakit yang diidap nescaya sudah tidak perlu lagi meraguinya!
    Yang sama menyembuh yang sama! Prinsip asas Homepathy yang telah mencetuskan sebuah revolusi didalam dunia perubatan!  Pada tahun 1810,  Hahnemann menerbitkan buku asas nya The Organon of Medicine yang dengan terang dan jelas menerangi kesemua prinsip rawatan Homeopathy.
    Dr. Hahnemann mula mempraktikkan rawatan secara Homeopathy dan berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang sebelum itu tidak dapat dirawat. Beliau mendapat ramai pengikut dari kalangan Doktor semasa tetapi pada masa yang sama juga beliau menerima tentangan yang hebat dari kalangan para doktor.
Di akhir hayatnya Homeopathy sudah begitu terkenal di Eropah, khususnya di Jerman dan di France.
Homeopathy terus berkembang ke England dan seterusnya ke Amerika Syarikat dimana ia mulai di popularkan oleh anak murid  Hahneman sendiri ia itu Dr. Hering dan selepasnya Dr. JT Kent.  Homepathy kemudian berkembang subur di benua India dimana  hingga kini pengamal Homeopathy yang paling hebat adalah yang dari India.
Seketika, Homeopathy sama hebatnya dengan perubatan Allopathy tetapi dikalahkan bukan di medan rawatan tetapi di medan politik kompani ubat!
    Kini Homeopathy sedang menikmati kebangkitan semula dengan kegagalan sistem perubatan ortodox untuk menyelasaikan banyak dari masalah penyakit.

    Homeopathy di perkenalkan di Malaysia di tahun 60’an oleh Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmy yang juga diantara pengasas parti PAS.  Saya yakin dengan memahami cara rawatan homeopathy sendiri , ramai pesakit dan bakal perawat akan dapat memahami dengan lebih jelas perjalanan penyakit serta akan belajar mengenali diri dan keluargnya sebab Homeopathy menuntut supaya setiap individu yang ingin dirawat di teliti dan di faham jiwanya luar dalam.

Dr. Suriya Osman
Klinik Taqwa, Masjid Tanah, Melaka.

KURSUS PENGENALAN HOMEOPATI
            Dr. Suriya Osman MBBCh, MDHom, FKHom
                         Klinik Taqwa, Melaka.

 



1.DEFINISI HOMEOPATI

MERAWAT PENYAKIT / PESAKIT MENGIKUT PRINSIP ‘SERUPA MENYEMBUHKAN YANG
SERUPA’ (SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR).

SEJARAH HOMEOPATHY


    PENGASAS:
    SAMUEL HAHNEMAN

        Penulisan yang penting :
          

          1.ORGANON 1- 6
          2.1755 - 1843:
              1.CHRONIC DISEASES
              2.MATERIA MEDICA PURA.


2.SEJARAH RINGKAS HOMEOPATI DI MALAYSIA

    Dr. Burhanuddin Al Helmi : 1911 - 1969
    graduan Ismaliah Medical College, New Delhi
    seorang yang berjiwa masyarakat
    Status homeopati di Malaysia tidak diiktiraf tapi tidak dihalang.
    Murid-murid pertama
    Prof. Dr. (H) Mohd Nor
    Dr. (H) Hj Dali Hj  Muin
    Dr. (H) Mohamad Hj Yaakob
    Dr. (H) Abd Rahman Hj Hashim.
    Kata-kata Dr. (H) Burhanuddin
    “Saya berpendapat ilmu kedoktoran homeopati ini adalah milik bangsa (national asset)
    yang dapat saya persembahkan menjadi pusaka kekal buat negara yang merdeka
    kelak”.
     

3.FALSAFAH PERUBATAN HOMEOPATI:

    Buku utama homeopathy yang merupakan asas falsafah dan juga amalan ialah THE
    ORGANON of MEDICENE.


 4.AJARAN ORGANON MERANGKUMI:

  1.Similia
  2.Penyakit buatan
  3.Uji bukti (proving)
  4.Keseluruhan gejala (totality of symptoms).


ORGANON MISSI PERAWAT

  1.PARA 1 :
      1.‘The physician’s high and only mission is to restore the sick to health, to cure as it is
        termed’.
  2.PARA 2
      1. Cara penyembuhan yg paling ideal ialah:
          1.dgn mengembalikan kesihatan melalui jalan yg cepat, lemah lembut dan
            berkekalan
          2.menyembuhkPan penyakit secara keseluruhannya dlm jangka masa yg singkat
          3.dapat dipertanggungjawab
          4.paling tidak memudharatkan menurut kaedah yang ma’kul.

5.APAKAH YANG PERLU

  1.Pengetahuan tentang penyakit tertentu
  2.Pengetahuan tentang kuasa setiap penawar
  3.Mengetahui penawar yang harus dipilih
  4.Mengetahui dos yang betul.


6.DEFINISI VITAL FORCE (KUASA HAYAT)

    Organon Para 9
    Dalam keadaan sihat, vital force yang bersifat ruhani menggerakkan organisma /
    material agar menduduki di tempat (maqam) tertinggi
    Ia berfungsi mempertahankan pancaindera & aktiviti-aktiviti semua bahagian agar
    organisma dpt hidup dlm keadaan harmonis yg menjurus kpd keta’juban
    Lantas kuasa ruhaniah yg menduduki organisma tersebut boleh dgn bebas
    menggunakan jasad yg sihat untuk mencapai matlamat unggul kewujudan manusia.
     

Organon Para 10

    Tanpa vital force -Organisma material tidak berupaya untuk dapat merasa dan
    mempertahankan dirinya Tubuh akan mati.


7.PRINSIP ASAS HOMEOPATI

  1.Undang-undang Serasi (Similia)
  2.Dos Minima (Minimus)
  3.Satu Penawar (Single Remedy).


Organon Para 18

    “Kita boleh rumuskan bahawa keseluruhan semboyan  dan keadaan yang diperlukan
    dalam kes-kes secara individu sahaja sebagai petunjuk yang boleh memandu kita
    kepada pilihan remedi yang tepat”.


ORGANON PARA 5

    “Dalam rangkausaha penyembuhan, seorang harus mengambil kira konstitusi fizikal
    yang mengatasi sakit (terutama bila sakit kronik), ciri-ciri intelek dan efektifnya,
    aktiviti-aktivitinya, gaya hidup dan tabiatnya, taraf sosialnya, hubungan
    kekeluargaannya, usianya, kehidupan seksualnya dan sebagainya.”
     

8.HUKUM MIKRO DOS

    Penggunaan dos minima:-
    ‘Potentisation’
    Besar mana dos harus digunakan
    Apakah dia aggravasi homeopati?


9.UNDANG-UNDANG ARAH KESEMBUHAN

    Undang undang Hering.
    Penyakit akan sembuh dari dalam ke luar, dari atas kebawah dari organ yang lebih
    mustahak kepada yang kurang mustahak , penyakit yang datang paling akhir akan
    sembuh dahulu dan seterusnya.

    P =  Psyche>>>>
    N = Neuro>>>>>
    E =  Endocrine>>>>
    I  =  Immune

    atau
    Mental / Spiritual
    Emosi / Jiwa
    Fizikal
     

10. KLASIFIKASI PENYAKIT

    Akiut (acute) - masa yang singkat + mungkin bersifat sementara
    Penyakit kronik - mungkin timbul dari:-
    warisan / genetik
    kesan alam sekitar termasuk tekanan kerjaya/ keluarga dan kesan kepada emosi
    racun / kuman yg bertapak - tibi, sifilis, gonorea, streptococcus, dll
    racun kimia/kesan radioaktif.


11. PEMILIHAN PENAWAR

  1.Individualisasi
  2.Melalui semboyan fizikal / mental/emosi
  3.Punca penyakit / etiologi
  4.Berlandaskan ‘miasm’.


12.FARMASI & TATACARA PEMBERIAN PENAWAR

    i.Bentuk
          1.Cecair
          2.Globiul / pil
          3.Disket
          4.Debu
          5.Losyen / krim

    ii.Klasifikasi
          1.Potensi rendah 1x - 6c
          2.Potensi sederhana 12c, 18c, 30c
          3.Potensi tinggi 100c --> 1m -->

    iii.PENENTUAN POTENSI
          1.Penyakit akiut: potensi rendah & sederhana
          2.Penyakit kronik: potensi sederhana --> tinggi.

13.PENGAMBILAN KES

      1.Penyakit yg hendak dirawat
      2.Latar belakang penyakit / sejarah
      3.Semboyan / modaliti
      4.Lokasi
      5.Patologi
      6.Emosi / Mental
      7.Sejarah ibubapa.


14.PENGAMBILAN PENAWAR

      1.Bentuk globiul
      2.Kekerapan mengikut penyakit
      3.Penyakit akiut diulang setiap 3 - 5 kali sehari
      4.Penyakit kronik - jarak dos bergantung kpd agravasi, sensitiviti penyakit, jenis
        penyakit, potensi yg digunakan
      5.Guna potensi rendah adalah lebih selamat.


15.PANDUAN UMUM MENGAMAL HOMEOPATI

      1.Pemilihan berdasarkan  semboyan
      2.Mengambil semasa perut kosong
      3.1 jenis penawar sahaja
      4.Drainage / pembersihan
      5.Antidote / tukar penawar
      6.Pantang.


16. RAWATAN KECEMASAN HOMEOPATI
 

    KECEDERAAN KULIT
        Luka terhiris - calendula, hypericum
        Luka tersiat - hypericum
        Luka melecet - hypericum
        Luka ditikam -  ledum, hypericum
        Kecederaan lebam - arnica, ruta
    KECEDERAAN TERBAKAR
        Cantharis losyen
        Urtica urens
        Apis
        Calendula
        Hypericum.

    KECEDERAAN SISTEM OTOT
        Terseliuh -  Arnica, Bryonia
        Lebam -  Arnica,
        Otot
        Arnica, Ruta
        Tergeliat -  Ruta, Arnica, Bryonia, Rhus tox
        Kepatahan -  Arnica, Symphytum, Calcarea flor, Calcarea phos.

    RENJUTAN & PENGSAN (SHOCK / SYNCOPE)
        Pendarahan - arnica
        Terperanjat - aconite
        Takut hantu / bayang2 - opium
        Kejutan mental / kematian - ignatia arnica aconite
        Pengsan melihat darah - nux vom
        Pengsan di bilik panas - pulsatilla.

    SENGATAN / GIGITAN BINATANG
        Serangga - ledum
        Bengkak & panas - apis
        Kebas - hypericum
        Kulit jadi biru - tarantula
        Pengsan, muka hitam, bibir pucat - carbolic acid
        Sengat obor2 - medusa 6x, apis 6x
        Lebah / tebuan - apis
        Kalau pesakit terperanjat & takut mati - aconite.

    KESAN BURUK BAHAN-BAHAN
        a.Kesan Kepanasan
        veratum album
        cuprum - cramps
        Aconite
        glonoine

        b.Arak
            opium
            aconite
            belladona
            nux vom
        c.Kopi
            nux vom
            chamomilla
            coffea.
        d.Teh
            china
            coffea cruda
        d.Rempah & keracunan makanan
            nux vom
            arsenicum album
            gun powder.
        e.Rokok
            tabacum
            caladium
            kanak2 - boleh cuba pulsatilla, ignatia
        f.Benda masam & berasid
            nux vom
            sulphur
            lachesis.

 

      Rawatan homeopathy untuk luka/ kecederaan


    ARNICA: Arnica adalah ubat yang terutama yang kita fikirkan apabila anak anak
    terjatuH dan mengalami lebam. ia adalah penawar untuk kecederaan dengan bahan
    yang tumpul. Arnica juga bolhe menghilangkan kesan terperanjat . Arnica boleh di
    gandingkan dengan Aconite jika unsur terperanjat agak lebih . Kanak kanak yang
    demam setelah jatuh bolhe diberi Aconite dan Arnica 200c atau 30c.

    CALENDULA: Calendula adalah untuk luka yang bersih yang tidak dijangkiti
    kuman.Gunakan cecair terus keatas bahagian yang luka. jangan gunakan untuk luka
    yang dalam.

    HYPERICUM: Ini penawar untuk  luka yang dalam. Penwar ini untuk luka yang
    dijangkiti kuman Jika ada perasaan sakit menyucuk, berikan hypericum 6c atau 30c .

    STAPHYSAGRIA: Jika ada luka tertikam, penawar ini adalah sesuai.


MELECUR

    Melecur yang paling kerap ditemui ialah melecur `tahap pertama (first degree) dimana
    gejala nya ialah kulit menjadi merah.
    Tahap selepas ini ialah ada nya gelembung air dan selepas ini, tahap melecur yang
    agak berat ialah dimana keksemua lapisan kulit terbakar. Ini di panggil t(hird degree
    burn) atau melecur tahap ketiga. Di peringkat ini kulit menjadi hitam atau putih

    Melecur tahap pertama jika
    melebihi tiga suku ruang kulti adalah merbahaya dan tidak boleh dirawat di rumah dan
    begitu juga melecur tahap ketiga.

    CALENDULA:
    Ini adalah penawar yang utama yang digunakan di dalam kes melecur tahap pertama
    dan juga kesan parut dari melecur lama. Ia boleh di gunakan untuk melecur
    disebabkan berjemur di matahari. ia digunakan didlam bentuk `tincture' yang
    dicairkan, atau gel atau semburan.Ia digunakan sebagai ubat luar.

    CANTHARIS:
    Penawar ini adalah untuk perasaan sakit terutama didlam kes tahap kedua atau ketiga
    Ia perlu diambil sebagai ubat dalaman.

   CAUSTICUM

    Ini adalah penawar yang mungkin berguna untuk kesen parut kebakaran/ melecur.

    URTICA URENS:
    Ini adalah penawar utama yang digunakan untuk perasaan sakit melcur tahap pertama.
    Ia boleh digunakan juga didalam kes sambar panas (sun burn)Penawar ini biasanya
    diambil sebagai ubat dalaman didalam potensi 6c atau 30c.
     
Demam panas

    Demam panas dikalangan kanak kanak adalah pekara yang sering di temui . Malahan kanak
kanak lagi mudah demam dari orang dewasa dan demam itu adalah aktiviti sistem pertahan
untuk memperbanykkan anitbodi ddalam badan kanak kanak itu supaya sistem pertahanannya
kukuh dan membpu meolak infeksi kemudiannya kelak.

    Seringkali bila anak demam, ibu ayah akan sibuk memberi ubat demam untuk menurunkan kadar
panas dengan secepat mungkin . Ubat yand sering digunakan ialah parasetamol dan selain ini
yang terbaharu adalah ibuprofen. Ubatan ini memang mampu menurunkan kadar demam tetapi
kajian demi kajain telah menujukkan bahawa suhu yang panas itu adalah perlu untuk badan
menjalankan tugas melawan kuman bakteria atau yang lebih biasa, virus yang menyerang!

    Amalan yang di syorkan oleh Rasul SAW ia itu menyejukkna suhu dengan air adalah cara yang
selamat dan tidak mudharat sebab memang tidak boleh dinafikan jika terlau panas boleh
mengakibatkan sawan demam! Akan tetapi, didalam pengalaman saya sawan demam ini tidak
akan terjadi kepada kesemua bayi dan ada bayi yang senang mendapatnya dan ada bayi yang
tidak akan mendapatnya.

    Rawatan homeopathy yang saya amalkan untuk  kanak kanak atau bayi yang demam
termasuklah Aconite, Belladonna, Ferrum phos, Pulsatilla, Chamomilla dan lain lain.

    Kesan dari rawatan homeopathy tidak menurunkan kadar suhu dengan cepat seperti parasetamol
tetapi kanak kanak akan lebih selesa, kurang meragam, tidak dapat sawan dan tidak gelisah.

Sedikit penerangan penawar untuk demam panas

Aconite
Demam berlaku dengan secara tiba tiba, pada kanak kanak yang biasa nya cergas, mungkin
selepas berembun atau terkena angin sejuk, atau terperanjat.. Demam nya terlau panas dan
mungkin anak gelisah dan rasa takut wujud.Kanak kanak haus dan gelisah. Suhu panas dan
kering berselang seli dengan sejuk berpeluh.Peluh nya adalah di kawasan yang ia baring
diatasnya.

Belladonna
Yang ketara pada aank yang memerlukan penawar ini adalah meracau semsa demam sehingga
kadang kal nampak hatu dan seaginya.Kaknk kaknk terlau kering dan panas, muka mungkin
merah kepanasan tetapi kadangkala tidak nahu minum.
Anak yang demam senang terperanjuat dan boleh medapat sawan demam. penawr ini adalh
yang utama say gunakan didalam kes sawan demam. kaknk kanak tersentak  bila diangkat atau
diletak!

Chamomilla
Penawar ini dibri mengikut pernagai anak yang demam. Jika anak iti kuat mengamuk serta
marah dan tidak mahu diletak, mahu didukung atau di buai, sering mebaling benda yang diminta
mak chamommilla lah penawar untuk demam nya!
 

Ferrum phos
Demam ferrum phos terjadi dengan beransur dan tidak serta merta pada kanak kanak yang
berwatak lemah longlai. Kaki tangan nya sejuk tetapi kepala nya panas.Boleh diginakan secara
rutin didalam kesemua kes slesema yang di peringkat higus meleleh. Penawr ini di gunakan
denga fahamn biochemic untuk demam. Sesuai diulang jika di bancuhkan sebiji dengan potensi
6c atau 12c dan di beri setiap setengah jam.sehingga mendapat tindak balas.

Pulsatilla
Ini adalah suatu lagi penawar yang diberi mengikut watak anak yang demam.Kanak kanak
manja, kuat merenget , minta dbelai dan dilayang tidak mauh diletak , menangis manja, buka
menagis marah, sungguhpun demam tidak haus dan tidak mahu makan.

Rawatan Batuk

Penawar Homepathy boleh merawat batuk akan tetapi batuk yang berlarutan atau bersifat kronik
perlukan rawatan dari Pengamal Homeopathy yang berpengalaman untuk mendapatkan rawatan
menyelurah ( constitiutional treatment.)

ACONITUM:
Kanak kanak atau Dewasa yang memerlukan Aconite bangun dari tidur dengan batuk yang
kering dan serak. Gejala batuk yang memerlukan Aconite ini adalah, tiba waktu malam, selepas
tengah malam. penyakit yang memerlukan Aconite terjadi selepas pesakit terdedah kepada udara
sejuk, angin malam, dan batuk nya melarat selepas meminum air sejuk , atau terhidu asap
rokok  Penawar in kerap kali di perlukan pada peringkat awal batuk `anjing' `coup', atau
penyakit bronkitis atau radang paru-paru (pneumonia)Beserta batuk mereka akan mengidap
mulut kering dan sesak nafas.Mereka selalunya terasa dahaga.
Perasaan risau atau cemas kerap kali megirigingi batuk ini.

ANTIMONY TARTARICUM
Batuk yang berbunyi kuat serta berkahak dengan ketidakupayaan untuk mengeluarkan kahaknya
itu.Kadangkala batuk bermula disebabkan marah atau tercuit perasaan .Kesesakkan nafas yang
dialami akan menyebabkan  kanak-kanak ini mengantuk, lemah dan tidak bermaya.Melarat
selepas pukul empat pagi, Kesesakkan nafas menyebabkan mereka lebih mahu duduk dari
baring. Beserta dengan kesesakan nafas, ada perasaan gelisah, pesakit  terasa kesejukan tetapi
tidak mahu juga bilik yang panas atau tertutup.Mereka berkehendak bilik sejuk dan tingkap
terbuka. Remedi ini jarang diperlukan pada awal penyakit. Remedi ini sering diperlukkan bila
batuk berhasil dari suntikkan tiga serangkai.

BELLADONNA
Bila gejala batuk datang dengan tiba tiba dan batuk tidak berkahak, berserta suara serak
mungkin Bell yang diperlukan .Kanak kanak ini mungkin mengantuk(drowsy), dan semasa tidur
ia meracau . Gejala batuknya melarat pada waktu malam.:

BRYONIA:
Bila selsema bermula dengan hidung berhingus dan bergerak ke dada, Bryonia sering di
perlukan., terutama, bila batuknya kering dan melarat bila bergerak.Menarik nafas adalah sakit,
dan bergerak pun sakit . Kanak kanak akan cuba duduk sediam yang dapat.Kanak kanak ini tidak
suka bilik panas, dan batuk akan melarat dibilik panas serta selepas makan dan minum.Tekak
mungkin terasa gatal dan in juga menyebabkan batuk.Batuk mungkin diiringi dengan perasaan
loya dan semasa batuk, mungkin kepala akan terasa sakit.Pesakit terasa haus dan inginkan air
yang banyak.
 

DROSERA
Batuk bertalu talu serta kering dan berbunyi macam salak anjing (barking cough) . Pesakit
mungkin mengalami gatal tekak di sertai dengan bunyi tersedak.peluh sejuk dan muntah.Batuk
akan bertambah teruk semasa baring, selepas tengah malam terutama pada pukul dua pagi dan
batuk juga teruk semsa bercakap, makan atau minum. Kanak kanak ini mungkin memegang
dada nya semsa batuk. Berpeluh banyak dan terasa kedinginan terutama waktu malam,suara
mungkin menjadi serak.
 

FERRUM PHOS
Gejala batuk bagi penawar ini ialah , pesakit  tidak mengalami batuk itu dengan tiba tiba,
disebaliknya gejala batuk itu datang dengan beransur ansur dan tidak terlalu kuat( not a sudden
nor violent onset).Kakak kanak yang memerlukan penawar ini sering pucat dan menjadi sakit
kalau terkena cuaca sejuk atau badan nya terdedah pada sejuk.Batuk melarat di kala sejuk,
waktu pagi, dan selepas makan. kadang kadang kahak mengandungi darah dan mungkin ada
rasa sakit didada, sakit mencuck sewaktu batuk dan semsa menarik nafas.Tidak mempunyai
selera makan dan tidak mahu makan daging serta susu tetapi suka pada benda masam.Suara
juga mungkin serak.

HEPAR SULPHURIS
Penawar ini untuk batuk yang berdengking terutama bila ia melarat ketika sejuk.Batuk juga
melarat semasa terkena habuk , tekak kering , memakan atau meminum benda sejuk., tarik
nafas panjang, atau angin sejuk.Bunyi kahak tetapi tidak dapat megeluarkan nya, ataupun
banyak kahak  dan dapat meludahkannya.Anak anak ini akan berpeluh semasa batuk dan peluh
nya berbau masam.Cuaca mendung atau hujan mungkin lebih disukainya tetapi tidak boleh
tahan dengan angin sejuk.Pesakit amat sensitif semasa sakit, selalu marah marah

IPECAC
Bila anak mendapat batuk yang berbunyi kering dan bertau talu serta loya dan muntah (
wretching) Ipecac mungkin penawarnaya.Kanak kanak ini mendapat kahak yang mengandungi
darah dan gatal tekak meneybabkan batuk . Mereka meungkin batuk dengan setaipa nafas dan
mungkin mengalami air liur yang berlebihan.Batuk melarat di waktu panas dan bila baring di atas
katil yan panas. batuk mungkin terjadi semasa perubahan cuaca . Ia mungkin disertai bersin dan
serak suara. Penawar ini sering digunakan untuk bayi yang batuk beserta muntah.

KALI BICHROMICUM
Dikenali daripada kahak yang bersifat bertali dan kuning. Pesakit akan bertambah batuk selepas
makan , minum mendedah anggotta badan dan cuaca sejuk  atau pukul tiga pagi.Batuk akan
berkurangan selepas keluar kahak yang bertali, pada cuaca pansa dan tidur dikatil panas.terasa
sensasi seperti rambut dibelakan tekak yang menyebabkan terbatuk. Suara mungkinserak dan
tereasa sakit bila menjelir lidah.Ada kalanya pesakit mengalami sakit di dada bahagian sternum
yang melarat ke tegah belakang.penawar ini tidak digunakan di peringkat awal batuk.
.

PHOSPHORUS:
Kanak kanak yang memerlukan penawar ini mengidap batuk yang bersifat kering dan keras bunyi
nya dengan rasa perit dibelakang tulang dada (sternum) Aggravasi adalah semasa baring
terutama berbaring sebelah kiri.. pesakit akan terbanugn dan perlu duduk. Batuk juga melarat di
kala bercakap, bergerak, berpindah dari bilik panas kebilik sejuk, seperti berlaku bila ke tempat
berhawa dingin,atau dari bau bauan yang kuat ( contoh, tumis cili, minyak wangi).Untuk
mengurangkan rasa sakit, pesakit mungkin memegang dada nya semasa batuk Pesakit suka
pada air batu, tetapi batuk boleh lega bila berselimut diatas katil. Batuknya meletihkan,dan
kakdang kala ada terasa pijar di dada serta tereasa ketat dibahagian dada.Hingus kadang kala
berdarah dan suara serak. Penawar ini sering diperlukan untuk kes berat seperti lelah dan radang
paru paru akan tetapi kadangkala sesuai untuk batuk yang telah menjadi kronik..

PULSATILLA:
Penawar ini mempunyai ciri ciri nya tersendiri tetapi sering kali diberikan berdasarkan ciri umum
pesakit. pesakit yang memerlukan penawar ini tidak tahan bilik panas atau cuaca panas,batuknya
melarat semasa baring untuk tidur,berjalan di udara sejuk melegakan batuk. pesakit perlu
bangun untuk melegakan batuk, kahak hijau atau kuning dan batuk nya berkahak diwaktu
malam tetapi kering diwaktu siang. Pesakit Pulsatilla senang menangis,tidak dapat berbuat
keputusan,cepat  bertukar `mood' dan suka menyenangkan hati orang.Terlalu manja dan
berkehendak kasih sayang , takut di tinggalkan..

RUMEX:
Gejala paling ketra penawar ini ialah terlalu sensitif terhadap keadaan udara sejuk.Udara sejuk
akan menyebabkan batuk sehingga pesakit akan menutup hidungnya dengan kain untuk
mengelakkan dari meghidu udara sejuk Tekak gatal dan tenggorok pun terasa miang dan
menekkkan bahagian atas tulang dada akan menambahkan rasa miang.Batuk tidak berkahak dan
suara serak. Melarat waktu malam serta bila bergerak dan lega bila panas. .

SPONGIA:
Penawar ini adalah yang utama untuk batuk yang kerting dan berdengking. Batuk akan melarat
dengan angin sejuk, bilik panas , asap rokok , bercakap, tidur bantal rendah, meminum air sejuk
atau memakan benda manis.Batuk juga teruk di waktu awal malam.Makanan atau minuman
panas akan melegakan, juga bangun duduk dan membongkok kedepan.Batuk lebih teruk pada
awal malam.
                        .
 

 

Rawatan Homeopathy Sakit perut memulas (colic) dan sakit gigi.

               Walaupun ada banyak teori teori kenapa bayi muntah atau mengidap apa apa
penyakit, didalam perubatan homeopathy gejala itu adalah tindak balas organisma itu untuk
menangani inkekis atau jangkitan dan tekanan dari dalam badan atau dari luar ( stress) . Ia itu,
gejala sakit merupakan usaha badan untuk membela diri dan meneymbuh diri!

Selain dari rawatan yang tidak wajar untuk bayi yang mengidap demam dan selsema rawatan
untuk sakit bila nak tumbuh gigi juga diberi rawatan yang tidak wajar termasuk lah ubat pelali,
ubat menahan sakit dan juga ubat tidur atau sedative. Ubatan ubatan ini berpotensi membawa
kesan sampingan yang merbahaya.Pakar kanak kanak  atau pediatrik didapti menggunakn
unbatan in didalam usaha  mereka untuk meringankan beban sakit bayi dan kecemasan ibu
ayah.
Kita faham betapa ibu ayah dan doktor mereka tidak tertahan melihat penderitaan bayi mereka
tetapi disini ada rawatan yang berkesan dan selamat didalam bentuk rawatan homeopathy. Kerap
kali bayi yang nak tumbuh gigi akan megalami selain dari sakit, gusi bengkak, meleleh airliur dan
demam, kadangkala sakit perut dan juga cere beret.Gejela ini perlu di amati dan penawar yang
sesuai dengan gejala diberi!

Penawar yang paling kerap digunakan untuk sakit tumbuh gigi kanak kanak adalah chamomilla.
Gejala yang dialami ialah gusi bengkak, kanak  kanak meradang dan tidak mahu diletak, mahu di
dokong atau dibuai, inginkan itu dan ini tetapi bila diberi akan membuang nya. helisah tidur
malam, suka hisap jari.Tidak semetinya kesemua gekjal wujud untuk memberi chamomilla tetapi
jika ada tiga dari gejala ini sudah cukup untuk penawar ini berkesan untuk meredakan
penderitaan sakit tumbuh gigi.

Penawar penawar lain termasuklah Podophyllum, Belladonna, Calcarea carb Coffea,
coffeinum.Untuk mehamai yang mana satu yang diperlukan boleh dirujuk kepada materia medica
penawar berkenaan.

Kadangkala semasa anak sakit adalah lebih wajar merawat kerisauan ibu bapa dari masaalah
kanak kanak itu! Ibu bapa cukup takut apabila anak mereka demam sedangkan demam adalah
suatu cara badan menangani infeksi yang akan memperkukhkan sistem pertehanan bayi itu.Yang
pasti 95% keadaan sakit kanak kanak tidak perlu sebarang rawatan. Ini telah diakui oleh pakar
kanak kanak Robert Mendelsohn dari Amerika Syarikat.Rawatan yang menurunkan demam boleh
juga membawa masaalah pada sistem pertahanan kanak kanak itu disamping membebankan hati
dan buah pinggang dengan `drug'.

Rawatan homeopathy untuk  sakit perut terasuklah chamommilla, pulsatilla, Nux Vomica, natrum
Sulph, Bryonia mag phos, colocynthis, lycopodium dan sulphur.Untuk keterangan lanjut tentang
penwar penawar ini, sila rujuk kepada materia medica penawar penawar tersebut.

Walaupun kadangkala dapat dikatakan kanak kanak itu sakit perut sebab alahan pada apa yang
dimakan. Didalam rawatan homepathy dipercayai bahawa kanak kanak yang siha tidak akan alah
pada makanan dan rawatan boleh diberi berdasarkan apa yang di alahnya itu sama ada susu,
atau buah dan lain lain.

Penawar homeopathy mempunyai skop yang cukup luas untuk rawatan kanak kanak dan adalah
jauh lebih selamat dari panadol,  antihistamine, antibiotic dan lain lain `drug ' yang diberi oleh
doktor.Amatlah perlu bagi ibu bapa  mencari alternatif yang selamat dan berkesan untuk
merawat masaalah kesihatan kanak kanak.Malahan penawar homeopathy boleh memperbetulkan
masaalah dengan cara yang lebih berkesan sehingga kanak kanak itu tidak mengidap masaalah
begitu pada masa depan dan menjadi orang dewasa yang sihat.
 



 Homeopathy Rawatan Psikologi


Ramai yang tidak faham bagaimana rawatan homeopathy boleh mengubat jiwa, menguatkan
jiwa yang lemah dan menghilangkan perasaan sedih , mengubah watak yang baran, merawat
anak anak yang bebal dan sebagainya.
Sebenarnya setiap penawar homeopathy ada profile emosi dan psikologinya tersendiri dan
mampu mengubah watak dan penrangai yang bermasalah.
Disini saya sekadar memberi beberapa contoh yang telah diambil dari kes kes yang benar benar
berlaku sebagai illustrasi supaya dapat difaham skop rawatan homeopathy  untuk merawat emosi
dan mental.

Bagaimana  penawar homeopathy  boleh mengubat penyakit emosi?

Pertama  ,mari kita lihat bagaimana  perangai dibentuk. Boleh dikatakan bahawa setiap watak
dicorak oleh pengalaman pengalaman sendiri sejak bayi lagi, malahan sejak dari didalam perut
ibu lagi. Setiap yang berlaku kepada kita mempunyai kesan pada emosi. Didapati bahawa
` trauma ' kelahiran boleh membawa kesan keatas bayi.Pengalaman bayi sebelum ia mempunyai
memori tentang nya pun boleh berkesan keatas emosi dan wataknya.
 Jika misalnya bayi berumur dua tahun telah mengalami keadaan terperanjat yang melibatkan
seorang lelaki berjanggut tebal, mungkin bila dewasa, inidividu ini akan takut kepada semua oran
yang bermisai tebal,. akan tetapi ia tidak akan faham kenapa ia takut.
Lebih lagi dari ini, katakanlah ayah dan ibu  hidup susah melarat dan pernah dianiaya dan
dengan ini mempunyai perasaan rendah diri dan juga, disebabkan perasaan susah ini telah
membenci orang yang menindasnya. Keadaan psaikologi ayah dan ibu secara tidak langsung
akan dirasai oleh anak tanpa diketahu sebab, maka mungkin ia akan benci orang tanpa difahami
kenapa dan juga akan berperasaan rendah diri seperti perasaan ibu ayah tanpa memahami dari
mana perasaaan ini datang.

Inilah yang dinamakan scripting dan sesuatu kaum boleh mewarisi perasaan perasaan nenek
moyangnya. Mungkin di bumi Melaka misalnya, dimana telah hilang kuasa politik berkurun
dahulu, budaya dijajah dan tunduk serta taat kepada pemimpin tidak kiralah betapa jahat
sekalipun menular kuat didalam keturunan kita.

Maka lihat pulalah pada penawar homeopathy

 Iodium , misalnya adalah sesai untuk kaum yang telah terpaksa berhijrah meninggalkan
kampung halaman dan terasa sebagai yang dibuang daerah dan perpegang kuat pada tradisi
lama nya.Iodium amat sesai untuk pejuang yang di sisih kerana berpegang teguh pada
prinsipnya.

Arnica penawar untuk trauma yang merangkumi trauma emosi serta fisikal.
Pada suatu kes saya yang mana ia adalaah seorang isteri yang sering dipukul suami yang tidak
bertanggung jawab maka ia datang didalam keadaan lebam lebam serta sakit, saya telah
membari nya Arnica untuk mengubat lebamnya, apa yang berlaku, rupanya Arnica telah merawat
lebam jiwanya sekali dan dua minggu kemudian saya telah dapati wanita ini mempunyai jiwa
yang lebih kuat yang telah menyebabkan ia dapat bertindak untuk melepaskan diri serta anak
-anaknya dari suami yang kejam itu.Tidak dapat saya certakan betapa air mukanya telah
mencerminkan kekuatan emosi yang telah berlaku didalam jiwanya.

Natrum Mur adalah penawar yang boleh mengubati jiwa yang sering memendam  rasa. Jiwa nat
mur sering menyimpan perasaan sehingga sukar untuk menangis.Tangisan yang terpendam
boleh  menyebabkan selsema dan kahak .Seorang pesakit saya mempunyai wajah yang kelihatan
bermasaalah , dahinya berkerut dan pernah saya bertanya pada kawan yang datang dengan
pesakit ini , adakah pesakit ini memarahi saya akan tetapi jawab kawannya ini tidak begitu,
wajah kawan ini memang begitu sejak bertahun lamanya.
Pesakit saya ini telah mengalami kematian ibunya yang meninggal akibat cancer payudara
semasa pesakit ini masih sekolah rendah lagi. hidupnya sejak kecil mengalami berbagai tribulasi
sehinggakan ia belajar memendam rasa.
Ia mengidap kahak dibelakang tekak dan sukar untuk mengandung.
Setakat ini setelah diberi natrum mur, saya dapati dan ini telah diakui oleh suaminya, pesakit
saya ini sudah hilang  kerut didahi, dan kelihatan berseri dan kahak dibelakang tekak sudahpun
tiada.Tempuh rawatannya adalah dua bulan.Ia kelihatan tenang dan wajahanay mencerminkan
jiwa yang tidak terbeban dennag masaalah. Ia seornag guru dan saya telah diberthau prestasi
kerjanya yang memang baik telah bertambah cemerlang.

Penawar staphisagria juga memendam rasa akan tetapi pendam rasa staph agak berbeza.
Selalunya ia timbul dikalangan isteri atau anak atau pekerja yang mempunyai suami atau
ibu/ayah , atau majikan yang garang.Si mangsa geram didalam dan bertindak secara mogok atau
sekali sekala terlepas geram. Seorang iseri yang sering megindap miraine telah pulih dari
penyakit yang telah timbul bebrapa bulan setelah ia berkahwin. Semasa saya merwatnya say
telah bertanya, apakah persaan anda tentang perkahwinan anda. Ia menjwab, saya terasa
terparangkap tanpa jalan keluar! Suaminya kasar dan berang dan sering meluahkan perkataan
perkataan yang kesat dan siisteri cuma berdiam diri bila dimarah. malahan didepan  saya pun
suaminya memarahi isteri nya dengan cara yang garang. Agak anih kes ini sebab sisiteri belajar
bagaimana untuk meredai marah suami bila ia mula dapat meluahkan persaannya yang telah
lama berbuku. Ia sering mogok dan buat kerja rumah tak betul dan ini menyebabkan sisuami
berrtambah marah. Setelah dirawat, hilang perangai mogok, bila suami marah , ia boleh balas
dengan lembut dan lama kelamaan suami dapat ubah cara marahnya sebab mereka adalah
pasangan yang faham Islam dan inginkan penyelesaian..

Watak Ignatia pula dirundung sedih.Jiwa halusnya  sering menerima nasib yang malang Ignatia
akan jauh cinta dengan orang yang mustahil berkahwin dengannya dan akan menangis dengan
mudah dan hiba sekali. Akan selalu mengeluh. Memberi Ignatia kepada watak yang rindu orang
yang jauh akan meguatkan jwanya dan akan memulih jiwa Ignatia!

Demikian sedikit sebanyak profile psaikologi beberapa penawar.
Saya sendiri amat gemar mengakaji watak pesakit saya dan amat gembira apabila wajah murung
dan tak bermaya betukar menjadi berupaya dan tenang setelah dirawat dengan penawar yang
tepat.
Diantara kesan penawar yang sesuai ialah pemulihan `emotional intelligence' pesakit. Umpama
nya seorang yang EQ( Emotinal Quotient)  nya tinggi akan pandai mengatur kerja supaya kerja
yang paling dibenci dibuat dahulu dan yang paling disukai dibuat kemudian. Anak saya sendiri
telah kehilangan tata kerja yang sedemikan akan tetapi pulih sendiri setelah diberi penawar
homeopathy  yang sesuai dengan jiwanya.

Penwar homeopathi bukanlah `cure all' dan maksud saya disini ialah setelah kita berusaha
dengan daya upaya, dengan tarbiyyah dan dengan kefahaman untuk mengubah, masih ada yang
tidak dapat di ubah maka ada kemungkinanan Allah dengan segala rahmatnya telah mengajar
manusia system rawatan yang berbentuk `spiritlike' yang boleh merawat yang jiwa yang sakit..

Hasil nukilan Dr Suriya Osman
.rujukan:
Philip Bailey..Psychology of Homeopathic Remedies.
C Whitmont, Psyche and Substance (homeopathic remedies in the light of Jungain psychology)
 

!8 Penawar Homeopati

1.Aconitum Napellus.(Aconite)

Ini adalah penawar utama untuk kes terperanjat. Juga untuk demam yang datang dengan tiba
tiba.
Gejala demam yang memerlukan aconite ialah panas, kering, haus , gelisah.
Pesakit yang memerlukan Aconite berkeadaan gelisah dan takut. Kadangkala terasa dirinya akan
mati dan juga takut mati.
Aconite berguna untuk radang peringkat permulaan dan jarang digunakan untuk kes yang sudah
lama dan sudah bernanah. Radang di mana-mana saja berbentuk merah , sakit dan bengkak.

2.Allium Cepa.(bawang merah)
Penawar ini adalah penawar untuk peringkat permulaan selsema, dan gejala selsema yang
memerlukan allium cepa ialah selsema yang berserta hingus cair yang memerahkan tepi hidung
dan ruang kulit bawah hidung  serta mata juga merah dan berair, dan tekak kering dan
perit.Oleh kerana bawang merah menyebabkan mata dan hidung berair, ia kerap digunakan
untuk
selsema dan  bersin yang timbul dari alahan (hayfever)Gejala penyakit yang ia boleh merawat
ialah hingus yang cair dan meyebabkan pedih hidung.
Pesakit terasa rimas dibilik yang panas dan lebih suka berada di luar atau di bilik yang sejuk.

3.Apis mellifilica  (honey bee)
Penawar ini sering digunakan untuk gigitan serangga yang berbentuk merah dan keras serta
sakit.
Juga bila ada kes urticaria atau yang disebut kelopak garam, bila mana sakitnya lega dengan
dikenakan air dan pesakit terasa panas dan suka mandi ia akan meredakannya.
Apis adalah di antara penawar psaikologi untuk orang cemburu.Kes yang memerlukan apis kerap
kali tidak mengalami dahaga,kecuali kes demam yang memerlukan apis. Apis  juga adalah di
antara penawar utama untuk kes radang buah pinggang di mana pesakit tersangat sembab
terutama di kawasan muka di mana kelihatan sembabnya di bawah mata.

4.Arnica (mountain daisy):
Ini adalah penawar utama di dalam kes kecederaan atau luka sebagai rawatan cemas. Ia berguna
di dalam kes pendarahan yang membawa kepada kurang pengaliran darah keotak (shock) dan
juga kecederaan yang menyebabkan lebam. Ia boleh mengurangkan rasa sakit dari kecederaan
dan mempercepatkan prosess penyembuhan.Sama ada anda mengalami sengal sengal atau
kecederaan selepas bersenam atau bersukan, Arnica boleh menolong menyembuhkannya.
Arnica sering digunakan bersama aconite di dalam kes kecederaan terhasil dari kemalangan  yang
melibatkan trauma kepada badan dan juga keadaan terperanjat emosi
.
5.Belladonna
Gejala utama bell adalah panas, merah, kering dan kerap terperanjat. Sakit kepala bell berdenyut
denyut dan melarat bila berjalan atau bergerak. Kanak-kanak yang demam bell akan tersentak
semasa tidur bezanya dengan Aconite, sering yang memerlukan bell tidak haus.kes kanak kanak
demam yang senang mendapat sawan tarik (febrile fit) kerap kali dapat disembuhkan dengan
bell.

6.Bryonia
Bila selsema bermula dengan hidung berhingus dan bergerak ke dada, Bryonia sering di
perlukan, terutama, bila batuknya kering dan melarat bila bergerak. Sakit apabila menarik nafas
dan bergerak pun sakit . Kanak-kanak akan cuba duduk sediam yang mungkin. Kanak-kanak ini
tidak suka bilik panas dan batuk akan melarat di bilik panas serta selepas makan dan minum.
Tekak mungkin terasa gatal dan in juga menyebabkan batuk. Batuk mungkin diiringi dengan
perasaan loya dan semasa batuk, mungkin kepala akan terasa sakit.
Ciri penting bryonia ialah melarat bila bergerak dan haus, meminum air banyak.Sering digunakan
pada bengak sendi yang mempunyai ciri sakit bila bergerak. Kes bryonia suka duduk diam dan
tidak mahu bergerak sebab pergerakan adalah sakit

7. Chamomilla (chamomille):
Ramai ibubapa mendapat keselesaan tidur malam dengan kegunaan penawar ini ! Chamomilla
adalah penawar utama untuk kanak kanak yang meragam di waktu malam, terutama yang
kembung atau sedang tumbuh gigi.Kanak-kanak yang menangis tanpa sebab dan perlu
didukung, dan akan menangis semula sebaik saja diletak memerlukan chamomilla.

8. Ferrum phos
Demam ferrum phos terjadi dengan beransur dan tidak serta-merta pada kanak-kanak yang
berwatak lemah longlai. Kaki tangan nya sejuk tetapi kepalanya panas. Boleh digunakan secara
rutin di dalam kesemua kes selesema yang di peringkat hingus meleleh. Penawar ini digunakan
dengan fahaman biochemic untuk demam. Sesuai diulang jika dibancuhkan sebiji dengan potensi
6c atau 12c dan diberikan setiap setengah jam.sehingga mendapat tindak balas.

9.Hypericum (St. John's wort):
Penawar ini adalah yang pertama perlu difikirkan apabila urat saraf terlibat di dalam
kecederaan.Mana-mana kecederaan yang mengalami sakit yang mencucuk (shooting pains).
Kawasan yang cedera yang mengandungi banyak urat saraf termasuklah, jari dan jari kaki ,dan
tulang belakang.. Kalau jari tersepit pintu, inilah penawarnya!

 10.Ignatia (St. Ignatius bean):
Suatu hari kelak, mungkin penawar ini digunakan oleh sebilangan pakar psikiatrik. Ia adalah
penawar yang terkemuka untuk kedaan duka yang datang mendadak seperti kematian ,
perpisahan, kerisauan dan gundah gulana. Gejala pesakit ialah ia mudah mengeluh dan mungkin
terasa sesuatu terlekat dikerongkong dan kadangkala mengiggil.

11.Ledum
Ledum digunakan untuk luka yang mencucuk atau menikam seperti tercucuk paku, jarum atau
benda tajam yang lainnya.Luka dari paku karat yang besar dan panjang memerlukan rawatan
doktor akan tetapi tiada salahnya kalau diberi ledum juga. Adakalanya ledum juga berkesan
untuk gigitan serangga.

12.Magnesia phosphorica (phosphate of magnesia):
Penawar ini adalah yang sangat berkesan untuk penyakit kijang (cramps), termasuk senggugut.
Gejala yang dialami adalah pesakit perlu bongkokkan  badan kedepan dan terasa lega dengan
menuam benda panas ke kawasan yang sakit.

13. Nux vomica (poison nut):
Ini adalah penawar utama bagi penyakit yang timbul dari ubat-ubatan (kesan sampingan drugs)
termasuklah kesan sampingan memakan terlalu banyak rempah, maajun atau jamu.
Gejala Nux Vom termasuklah, terasa terlalu peka kepada bau-bauan dan bunyi bising , letih
belajar, pedih perut dan sembelit, tak tahan angin sejuk Selalu nya orang yang ,memerlukan Nux
Vom termasuk kategori baran ( irritable).

14.Nat mur
Kanak kanak yang memerlukan nat mur pendek dan kurang berat badan, selalu panas, senang merajuk dan sukar dipujuk
dan suka makan masin.
Selsema nat mur cair dan meleleh.
Muka remaja yang memerlukan nat mur berminyak dan berjerawat. Selalu terasa panas, sama
ada terlalu sukar untuk menitiskan air mate atau terlalu mudah.
Wanita nat mur pula memendam perasaan, kelihatan tenang dan menyimpan perasaan .
Watak nat mur sukar diselami sebab tidak suka bercerita tentang diri sendiri.
Penawar ini berwatak penyedih

15.Phosphorus
Kanak-kanak yang memerlukan penawar ini mengidap batuk yang kering dan berbunyi kuat serta
mengidap sakit di bahagian dada. Batuk bertambah teruk apabila berbaring, terutama bila
berbaring ke sebelah kanan. Mereka berjaga malam dan perlu bangun dan duduk untuk
melegakan batuk. Batuk juga bertambah semasa bercakap, bergerak, berpindah dari bilik panas
ke bilik sejuk sepertimana berpindah masuk ke dalam kereta berhawa dingin. Untuk melegakan
sakit dada, kadang kala mereka meletakkan tangan ke dada. Berselimut melegakan perasaan
ketat di dada.Mereka suka air sejuk, atau air batu. Batuknya menyebabkan terasa lemah dan
letih. Kadang kala lendir atau hingus berdarah dan suara menjadi serak. Seringkali saya
mengunakan penawar ini berdasarkan bentuk badan dan watak. Watak phosphorus adalah
penakut, takut gelap, takut petir, sensitif, suka berkawan, badan kurus dan tinggi. Amat berguna
untuk batuk lelah bilamana gejalanya bersamaan dengan penawar ini.


 16..Pulsatilla (windflower):
Barangakali Pulsatilla adalah penawar yang paling kerap diberi kepada kanak-kanak dan wanita
oleh kerana ciri-ciri tertentu penawar ini.
Ia sesuai untuk kanak kanak yang selalu panas tetapi tidak tahan terlalu sejuk, wanita yang
boleh
pengsan kalau pakai tudung terlalu tebal, senang menangis, manja tetapi kadangkala garang,
kanak-kanak yang melekat dekat maknya. keadaan emosi nya berubah dengan cepat tetapi ia
ingin membuat yang disukai orang.
Kanak-kanak yang sering menangis dan mahu didokong tetapi berbeza dengan chamomilla,
kanak
kanak ini menangis manja sedangkan chamomilla menangis kemarahan! Kerap kali pesakit
pulsatilla tidak suka makan  dan tidak juga haus.

 17. Rhus tox (poison ivy):
Penawar ini adalah yang paling kerap digunakan untuk terkehel otot. Bila ia mula bergerak,
pergerakan itu sakit, tetapi bila ia terus bergerak terasa lega pula.Juga orang yang akan
mengalami demam atau lengoh sendi ketika hujan. pada waktu malam, ia mengalami sengal otot
yang menyebabkan ia perlu kerap bertukar posisi.

18.Staphisagria
Penawar staphisagria juga memendam rasa akan tetapi pendam rasa staph agak berbeza.
Selalunya ia timbul di kalangan isteri atau anak atau pekerja yang mempunyai suami atau
ibu/ayah , atau majikan yang garang. Si mangsa geram di dalam dan bertindak secara mogok
atau sekali sekala terlepas  geram. Seorang iseri yang sering megidap migraine telah pulih dari
penyakit yang telah timbul beberapa bulan setelah ia berkahwin. Semasa saya merawatnya saya
telah bertanya, apakah perasaan anda tentang perkahwinan anda. Ia menjawab, saya terasa
terparangkap tanpa jalan keluar! Suaminya kasar dan berang dan sering meluahkan perkataan
perkataan yang kesat dan siisteri cuma berdiam diri bila dimarah. malahan di depan saya pun
suaminya memarahi isteri nya dengan cara yang garang. Agak anih kes ini sebab siisteri belajar
bagaimana untuk meredai marah suami bila ia mula dapat meluahkan persaannya yang telah
lama berbuku. Ia sering mogok dan buat kerja rumah tak betul dan ini menyebabkan sisuami
bertambah marah. Setelah dirawat, hilang perangai mogok, bila suami marah , ia boleh balas
dengan lembut dan lama kelamaan suami dapat ubah cara marahnya sebab mereka adalah
pasangan yang faham Islam dan inginkan penyelesaian.


Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan
Dr Suriya Osman,
Klinik Taqwa
MT663,
Masjid Tanah , Melaka
tel 06 3842200