
Ini
satu istilah yang banyak digunakan oleh para
healers untuk menceritakan tentang tenaga yang mengalir dari badan
seseorang
dan juga kedalam badan seseorang dari alam sekeliling,. Seorang yang mengamalkan
latihan
nafas dan jenis senaman yang mengerakan tenaga ini akan dapat
merasakannya.
Senaman yang saya maskudkan termasuklah taichi dan chikung, juga
zikir-zikir
yang mengunakan kawalan nafas. Sebenarnya magnetism ini boleh diukur,
sebagai
contoh alat ecg mengukur medan tenaga sekeling jantung.Ada juga sebuah
alat
ciptaan Jepun yang dipanggil neurometer yang boleh mengukur medan
elektric
seseroang, cara alat ini berfungsi serupa dengan meter yang mengukur
voltage
elektrik. Orang yang mempelajari ilmu fisiks akan dapat faham kaitan di
antara
magnetism dan tenaga elektrik
3. Bagaimana untuk merasa magnetism ini? ( boleh
buat demo yang boleh di ikut oleh orang di rumah.)
Kalau ada orang dibelakang kita, misalnya, walaupun kia tak dengar orang tu datang, kita akan dapat suatu sensasi yang memberitahu kita ada orang dibelakang kita. Dan kadang-kadang ada orang kata," hai tiba-tiba meremang bulu roma." Sebenarnya apa yang kita dapat rasa adalah medan magnetik makhluk lain. Cuba kita gosok tangan kita, , lepas ni kita letak tangan kita jauh-jauh begini, dan perlahan-lahan bawa kedepan sehingga dapat rasa sesuau yang menolak ia itu tentangan (resistance). Maka itu adalah kuasa magnetik dari tangan kita. Cuba letak tangan lebih kurang 4 inci dari permukaan kulit kawan kita dan gerakkan tangan itu kedepan dan kebelakang, kitas akan dapat rasa geli geli atau macam karan elektrik.
Tarik
nafas, bayangkan kita ni macam jag air, dan ada air mengalir masuk
kedalam kepala kita semasa tarik nafas, dan air ini mengalir kedua
tangan bila kita hembus nafas, cuba buat 5 kali. Lepas itu cuba kita
rasa tapak tangan kita, ada beza tak? Sekarang kita cuba du'a dengan
membayangkan
rahmat Allah sedang menghujani kita., dan kita baca "Rabana Atina
fidunya
hasanatan wa fil akhirati hasanatan waqina azababnnar".. Cuba telitikan
tapak
tangan, dapat rasa tak? Ada rasa geli-geli, atau ada rasa seperti ada
gelombang
dan tangan terasa seolah-olah kita memegang sesuatu .ie tangan rasa ada
benda berat di atasnya.
4.Apakah latihan untuk meningkatkan magnetism ini?
Cara
yang saya ajar adalah mengunakan latihan nafas
sambil memikirkan nama-nama Allah, apa yang disebutkan dengan
fikir..(ada
zikir, kita sebut kuat kuat, ada fikr , kita sebut dalam hati.) Latihan
ini
dinamakan Nafas Element dan dia telah diajarakan oleh seorang guru
tasauf
dari India, Hazrat Inayat Khan yang meninggal pada tahun 1927. Kita
juga
gunakan zikir yang bergema didalam badan untuk membersihkan pusat-pusat
tenaga di dalam badan.Solat, dan membaca quran serta berdoa dan
berzikir
juga menambahkan magnetism. Tentang amal kebajikan. setiap amal
kebajikan
yang dilakukan ikhlas kerana Allah akan meningkatkan magnetism ini.
Tentang
Zikir, bila kita sebut Allah, aaaaa di dalam Allah boleh bergema dan
pengamal
ilmu spritual sepakat mengatakan bunyi aa ini bergema di bahagian dada
begini
.Allaaaaah...
5. Apa kegunaan energy healing dan penyakit
macam mana yang boleh di ubat?
Sebagaimana yang disebutkan awal tadi, oleh kerana badan ini adalah
tenaga, maka , ia boleh disembuhkan dengan memperbetulkan aliran tenaga
di dalamnya. Maka mengamalkan latihan energy healing dengan sendirinya
akan menyebabkan badan kita menjadi lebih sihat. Dan apabila magnetism
kita sudah bertambah dengan amalan kita kita juga dapat menolong orang
dengan energy healing. Kesemua penyakit boleh dicubakan dengan
energy healing. Saya pernah mengunakannya untuk merawat sakit
kulit, cancer, sakit kepala, kencing manis , sakit sendi...kesemuanya
boleh tetapi tidak pula kita kata cara ini boleh sembuhkan terus. Kita
gunakannya disamping ubat-ubat yang lain. Contohnya ada seorang pesakit
mengidap darah tinggi, bagi ubat macam mana pun masih tinggi. Dah
periksa buah pinggang, cholesterol semuanya normal, jadi saya
merumuskan
tekanan darahnya berpunca dari perasaanya , dia ni jenis suka risau.
Maka
saya berikan dia zikr dan amalan-amalan nafas, untuk diamalkan dan
dengan
ini, tekanan darahnya sudah boleh turun ketahap normal , berserta
dengan
ubat juga lah. Sudah tentulah dia menjadi lebih ceria. Ada kes pada
zaman
Rasuh SAW, orangnya bernama Saad, bila dia mengadu sakit dada, Rasul
SAW
letak tangan ke dadanya dan Saas terasa sejuk dari tangan Rasul SAW
tusuk
masuk kedalam dadanya seolah pergi ketempat yang sakit. Langsung Nabi
dapat
adak sakitnya berpunca dari mana, dan di dalam kes Saad, Nabi kata ini
masaalah
jauntung dan Nabi beritahu siapa yang ada ubat yang boleh merawat Saad.
Dari
riwayat hadith dari Book of Healing, ie vol 28 ini kita dapati
Nabi
melakukan healing dan scanning sekali gus tetapi juga menyuruh bantu
dengan
ubat .Bila saya baca Hadith ini, saya mengenali cara rawatan ini
sebagai
kaedah energy healing, cuma zaman Nabi tak pula ada istilah untuk
menyebutnya.
7. Bagaimana kita dapat kaitkan dengan cara
rawatan Nabi SAW?
Ada banyak hadith yang menunjukkan bahawa Rasul mengajar energy healing kepada kita dan mengunakanya untuk memahami penyakit.
Dalam buku 28 juga, Aishah menceritakan bahawa kalau ada orang yang cast evil spell, ini energy healing cara negative la ni, maka dia disuruh berwuduk dan orang yang terkena spell dia tu, disuruh minum air wudhu itu. Ini contoh energy healing juga
Dan ramai dari kita tahu sebelum tidor baca Fatihah, Ayat Kursi, 3 Qul hembus kat tangan sapu kat badan. Ini juga contoh energy healing.
Juga do'a Nabi, Auzu biklalimatillahi tamatin etc adalah meminta perlindungan dengan Kalimah Allah dan in juga energy .
Book 28, Number 3887: Narrated Alaqah ibn Sahar at-Tamimi:
Dia merawat orang gila dari suatu kaum dengan mengunakan Al Fatihah dan diberikan upah seratus kambing. Beliau pergi berjumpa Rasul SAW untuk bertanya sama ada boleh terima upah tersebut dan Nabi SAW kata boleh sebab healing yang dilakukannya itu betul dan berkesan. Dari Hadith ini selain dari kita faham kaedah rawatan Islam sebagai energy healing, kita juga dapati bahawa kita layak menerima upah apabilah kita menjalankan healing ini walaupun pada hakikatnya kita tidak menyembuhkan pesakit , disebaliknya kita hanya meminta Allah menyembuhkan, kita sebagai alat sahaja, atau apa yang disebutkan kita sebagai saluran ( chanell for healing)
8.Apakah kelebihan mengamalkan latihan-latihan yang berkaitan dengan healing ini?
Latihan-latihan yang berkaitan dengan energy healing boleh mengerakkan badan kearah kesihatan rohani dan jasmani, emosi dan mental.Malahan jika didalami, amalan-amalan yang menuju kearah tasauf ini bertujuan untuk pembersihan dan pencerahan jiwa seseroang . Jiwa yang bersih dan cerah akan mengalami sifat-sifat nurani seperti perasaan aman damai dan bahagia serta cinta kasih. Perasaan yang tercetus dari jiwa yang bersih ini tidak tertakluk kepada situasi luaran dan tidak bergantung kepada rangsangan-rangsangan luaran untuk mewujudkannya. Bila jiwa bebas dari pemikiran negatif , jasmani juga akan kearah kesihatan. Penyakit-penyakit tidak akan terus hilang, sebab Allah telah jadikan penyakit itu sebahagian dari dugaan untuk kita tetapi kita akan dapat hadapi dan tangani dan mungkin juga atasi apa saja yang timpa.
Bukan itu saja, kita boleh mengunakan kaedah energy healing untuk
meninjau kedalam jiwa kita untuk memeriksa pemikiran kita, kerisauan
kita, pemikiran kita dan segala-gala proses yang sedang berlaku di
dalam diri kita , insya allah ini akan membawa kita lebih memahami diri
sendiri, perasaan kita, reaksi kita, aksi kita,dan cara kita sendiri
berfikir, kita boleh memeriksa tanggapan tanggapan kita dan mengukurnya
dengan kebenaran. Latihan ini saya panggil latihan ruang ( dada heart
space exercise). Latihan ini membawa kepada keadaan presence atau hati
yang hadhir.
10. Apa dia ruang dada (heart space) (ruang qalbu)
yang puan sebutkan dan apa yang dimaskudkan dengan menghadhirkan hati (
presence)
Bahasa
kita ni ada sikit silap , bila kita sebut hati, kita maksudkan
jantung
(heart ) sedangkan hati maknanya liver. Walaubagaimanapun, ruang
hati
atau Qalbu terletak di dada dan banyak ayat Quran menyebutkan tentang
ruang
ini sebagai sadr. Jadi ada ayat,
Rabishruhlie sadri..Tuanku , Lapangkanlah dadaku, dan ada "Alam Nasyrah
Laka Sadrak".."Bukankah Kami telah lapangkan dada kamu?"
Lepas iitu ada lagi ayat Surah Annas"
Ia itu ia membisik kedalam dada manusia".Sadr yang disebut di dalam
kesemua ayat
ini lah yang dimaksudkan dengan ruang dada. Ungkapan Melayu pula
berlapang dada membayangkan keadaan ruang ini yang boleh mebesar dan
menjadi lapang. Ada latihan yang saya ajarkan untuk merasa sendiri
ruang dada ini dan juga untuk merasa keadaan ruang ini. Bila saya
mengajar cara untuk merasa ruang ini, ada yang akan terasa ruang ini
menjadi panas dan kita boleh kaitkan dengan
ungkapan Ingeris Warm hearted, kadangkala ada yang akan terasa
nyamun..boleh dikaitkan dengan ungkapan sejuk hati, dan ada yang terasa
berat (berat hati) ..dan ada yang akan terasa ruang ini mengembang dan
menjadi lapang. Bila kita
mula sensitif terhadap sadr kita ini kita akan dapat faham gerak hati
kita
dan ini akan membawa kita kepada hati yang hadhir, ia itu hati yang
sentiasa
sedar akan gerak hatinya dan dengan bermujahadah, berdu'a dan
bertafakur ,
kita dapat pula bezakan was-was Syaitan dan ilham malaikat yang dibisik
kedalam
ruang ini.
wasallam
Suriya
copyright Dr Suriyakhatun Osman 2006