![]() |
Nur Syifa. (Cahaya Penyembuhan) Pengenalan dan Keterangan ringkas |
Nur Syifa adalah metod penyembuhan atau healing .Tenaga atau kekuatan yang disebutkan sebagai jazbah
Satu cara untuk menghayati sendiri pengaliran tenaga ini adalah dengan
membaca
Al Fatihah sambil menada
tangan dengan jari-jari yang dirapatkan dan sama ada berdiri tegak atau
posisi
duduk seperti didalam solat,
atau diatas kerusi dengan kaki lurus dan tidak bersilang. Tumpuan penuh
dan
dimasa yang sama keadaan
relax diperlukan. Sensasi yang dirasai adalah tangan terasa seolah-olah
ada
benda berat diatasnya atau,
terasa seperti ada pengaliran sesuatu ditapak dan mungkin dijari.
Satu lagi cara adalah dengan membuat aksi seperti hendak menepuk tangan
tetapi
dengan kadar yang
perlahan. Bila tangan sudah dekat , akan terasa seperti ada sesuatu
diantara
kedua tangan..ini dia tenaga Jazbah
Training yang diberikan semasa Kelas Nur Syifa adalah untuk mengerakkan tenaga
di dalam badan kita dan
juga mengajar teknik-teknik penyembuhan untuk diri sendiri dan juga
orang
lain.
Kaedah umum energy healing akan diajar dan pendekatan yang akan
digunakan tidak melibatkan simbol,
tidak melibatkan menyeru mana-mana jin. Ayat Quran serta do'a dan
teknik pernafasan
serta pergerakkan
badan (sedikit) diantara pendekatan yang digunakan.
Objekitf pembelajaran ini adalah untuk kesihatan diri dan keluarga,
menjadikan
diri sebagai *healing
presence* ( ini berguna untuk pekerja sukarela, kaunselor dan
pembimbing) , sebagai *stress buster* dan
berupaya menolong kita mengubah *bad habits* diri dan ahli keluarga,
rakan
sekerja dan lain-lain.
Diantara hasil sampingan mempelajari teknik teknik dan mengamalkan nya
adalah
khusyu didalam solat dan do'a serta tahap kesihatan yang meningkat.
Kesihatan
yang dimaksudkan adalah kesihatan spiritual, mental dan jasmani.
Cara dan teknik serta pendekatan
yang digunakan adalah gabungan diantara perubatan
Islam dan teknik tasauf
copyright
2006 Dr Suriyakhatun Osman